Artikel

DBS Ubah Rancangan – Mahu Miliki 30% Kepentingan Alliance Bank, Tidak Lagi 49%

Setelah dilaporkan masih mengintai peluang untuk memiliki 49% kepentingan pada Alliance Bank Malaysia, bank terbesar Singapura iaitu DBS Group Holdings kini dilihat mengubah rancangan dengan laksana permohonan baharu iaitu – ingin memiliki hanya 30% kepentingan Alliance Bank. 

Mengikut laporan The Edge ini, keputusan ini dicapai setelah DBS gagal meraih kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung permintaan awal itu. Seperti yang umum ketahui, selari dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 – BNM telahpun menetapkan had pemilikan asing dalam bank komersial tempatan pada kadar 30% sahaja. Ia bertujuan untuk memastikan perbankan tempatan kekal dikuasai dan diuruskan oleh entiti tempat bagi menjaga kestabilan sistem kewangan domestik.

Biarpun pengurangan peratusan pemilikan sedang dilaksanakan, namun penyertaan DBS pada pasaran Malaysia dilihat akan kekal memberi tekanan kepada pemain perbankan tempatan. Susulan ia merupakan bank terbesar di Asia Tenggara berlandaskan anggaran jumlah aset ketika ini sekitar $662 bilion.