Berikutan terdapat laporan menjelaskan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam tindakan menjual unit lebuhraya kumpulan iaitu Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas). Tindakan bernilai RM3 bilion itu dijelaskan masih diperingkat semakan.
Pihak kumpulan pada notis di laman rasmi syarikat, menyambut baik saranan Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar mengutamakan kepentingan nasional dan Bumiputera dalam pelaksanaan sebarang keputusan melibatkan semakan strategik pelaburan Prolintas bersama mandat yang diberikan.
Perihal itu akan menjadi antara keutamaan PNB dalam memuktamadkan dan menyelesaikan proses semakan strategik pelaburan kelak. Bersama komitmen itu, PNB menegaskan sebarang keputusan pelaburan akan dibuat menerusi aliran tadbir urus yang telus, seiring dengan matlamat jangka panjang pelaburan kumpulan dan akan dilaksanakan bersama pihak berkepentingan. Dan sekiranya keputusan tersebut dilihat menjejaskan manfaat jangka panjang pemegang unit dan memberi kesan pada pembangunan negara maka tindakan pelupusan pemilikan aset itu dijelaskan tidak akan dilaksanakan.