Artikel

PNB Pertimbang Jual Prolintas – Urus Niaga Berpotensi Capai RM3 Bilion

Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini dimaklumkan sedang meninjau potensi untuk menjual unit lebuhraya kumpulan iaitu Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas). Pertimbangan jualan cabang perniagaan ini dijangka berpotensi cecah nilai sehingga RM3 bilion.

Laporan Bloomberg ini memperinci tindakan itu adalah sebahagian usaha PNB untuk tingkatkan strategi pelaburan mereka, di mana tumpuan modal boleh diutamakan kepada segmen yang miliki pertumbuhan lebih tinggi di pasaran hadapan. Namun pertimbangan ini dilaporkan masih diperingkat awal dan tiada keputusan muktamad dicapai.

Buat pengetahuan umum, Prolintas adalah syarikat konsesi lebuh raya utama di Malaysia yang bertindak mengendali beberapa lebuhraya utama di sekitar Lembah Klang. Ini meliputi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK).