Selepas tindakan peralihan dicapai pada 1 Mei lalu – yang mana Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah mengambil alih saham SME Bank dan EXIM Bank, ketiga operasi perbankan ini menjelaskan pihaknya masih beroperasi mengikut kapasiti sendiri. Ini bermakna rekod penjimatan kos hanya dapat dilihat bermula tahun hadapan.
Jelas SME Bank pada acara inisiatif Belanjawan 2025 hari ini, kesemua perbankan masih mengikuti aliran belanjawan secara berasingan. Namun bermula tahun 2026, barulah perkongsian sumber akan direalisasikan ketiga perbankan yang kelak akan membawa kepada penjimatan kos operasi yang lebih baik.
Melalui gabungan tersebut ia secara jelas tidak sekadar memberi penjimatan berganda kepada operasi tetapi turut meluaskan akses sokongan kepada usahawan Bumiputera, pembiayaan ke atas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan menggalakkan aliran perdagangan ekonomi di pasaran semasa Malaysia.