Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) hari ini secara rasminya mengumumkan pengambilalihan saham Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) dan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) daripada Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).
Dengan pengambilalihan ini, ketiga-tiga institusi mempunyai kebolehan yang lebih kukuh untuk memperluas dan memperkasa mandat sedia ada dalam merapatkan jurang pembiayaan pembangunan negara. Antara fokus utama termasuklah sokongan kepada usahawan Bumiputera, pembiayaan untuk perusahaan kecil sederhana (PKS), menggalakkan transaksi perdagangan masuk dan keluar, serta menyokong pertumbuhan mampan.
Secara kolektif, bagi tahun 2025, Kumpulan BPMB telah memperuntukkan RM8.3 bilion untuk pembangunan negara menerusi program-program strategik bersama.
Pengambilalihan ini dijangka membawa sinergi daripada segi hasil dan kecekapan kos dalam jangka masa panjang bagi menyokong pertumbuhan perniagaan pelbagai skala di Malaysia.