Seperti yang umum ketahui, pada Ogos lalu – sejumlah syarikat telah mula laksana e-Invois. Aturan ini untuk peringkat awal melibatkan penyertaan kumpulan pembayar cukai berpendapatan atau jualan tahunan yang melebihi RM100 juta. Berdasarkan pelaksanaan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini memaklumkan lebih 34 juta e-Invois telah diterima mereka, sejak pelaksanaan tersebut dilakukan.
Lebih menarik, jumlah e-Invois ini tidak sekadar melibatkan kumpulan pembayar cukai fasa 1 sahaja tetapi turut merangkumi kumpulan fasa 2 dan fasa 3. Ini bermakna terdapat kumpulan pembayar cukai yang melaksanakan e-Invois dengan lebih awal berbanding penjadualan yang ditetapkan LHDN.
Perkongsian LHDN bersama Bernama Radio itu secara jelas menunjukkan, ramai pihak telah mula peka akan kepentingan percukaian dan rekod transaksi mereka.
Melihat pada penerimaan yang positif ini, LHDN menjangkakan jumlah e-Invois akan terus meningkat secara berkala pada tahun ini, diikuti tahun hadapan apabila kumpulan fasa 2 dilaksanakan pada 1 Januari 2025, seterusnya ke atas semua pembayar cukai pada 1 Julai 2025.

Baca Lanjut: e-Invois-Ini Info Penting Yang Pembayar Cukai Perlu Tahu