Artikel

Harga Minuman Kopi Mungkin Naik 

Setelah pasaran Indonesia meluahkan kegusaran potensi harga kopi yang lebih tinggi berupaya berlaku, disebabkan kesan perubahan cuaca kemarau – kini ketidakseimbangan pembekalan itu berpotensi turut mengugat harga minuman kopi di Malaysia.

Menurut Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura pada laporan China Press, ketika ini pihak pembekal telah mengambil-maklum akan situasi pergolakan harga biji kopi tersebut yang berlaku di pasaran global. Difahamkan pihaknya akan laksana perbincangan untuk memastikan sekiranya berlaku kenaikan, tindakan sedemikian tidak membebankan para pengguna.

Setakat ini harga minuman kopi di pasaran masih stabil dan tiada kenaikan. Susulan situasi itu, kumpulan peniaga yang berkaitan dinasihatkan untuk tidak mengambil kesempatan dalam pelarasan harga minuman kopi. Tindakan itu sekadar merugikan pelbagai pihak, tidak hanya perniagaan minuman negara.