Tahun ini, paras inflsi keseluruhan dan teras di Malaysia – dijangka berupaya kekal sederhana pada separuh kedua 2023 kelak, dengan jangkaan 2.8% hingga 3.8%.
Pengamatan Bank Negara Malaysia (BNM) itu didasarikan berasakan pelbagai faktor. Pihaknya akui aliran inflasi kekal memiliki risiko susulan bergantung kepada perubahan dasar domestik yang ditetapkan negara berlandaskan pengagihan subsidi serta kawalan harga. Namun faktor luar seperti pelarasan harga komoditi di peringkat global bersama pasaran kewangan juga turut berpotensi memberi kesan kepada paras inflasi Malaysia.
Ini kerana dasar ekonomi terbuka yang diambil Malaysia, membawa kesan kepada struktur pelarasan kos di pasaran negara. Umum perlu sedari faktor luar ini tidak hanya tertumpu akan konflik geopolitik sahaja tetapi kesan perubahan cuaca, penyusutan nilai tukaran asing turut membawa impak kepada pelarasan kos tersebut.
Untuk 6 bulan pertama 2023, didapati paras inflasi negara telah menurun kepada 2.4% – ia merupakan catatan terendah dalam tempoh tersebut. Susulan itu sekiranya paras tersebut berjaya dilandaikan ini, akan membawa kepada pelarasan harga yang lebih baik buat para pengeluar dan pengguna.
Setakat ini paras KDNK Suku Kedua 2023 dilihat lebih perlahan dengan perkembangan 2.9%, ini lebih rendah berbanding suku pertama yang mencatatkan perkembangan 5.6%. Dan sekiranya situasi tersebut berterusan pada pertumbuhan KDNK untuk suku ketiga 2023 – ia dijangka berupaya mengekalkan OPR di paras sederhana bagi mengimbangi tekanan kos semasa di pasaran.