Artikel

KDNK Malaysia Capai Paras 2.9% – Prestasi Ekonomi Naik Sederhana Bagi Suku Kedua 2023

Setelah memaparkan prestasi ekonomi negara yang membrangsangkan pada 3 bulan pertama 2023 dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) paras 5.6%. Kini aliran tersebut kekal positif meskipun lebih sederhana apabila suku kedua 2023, 3 bulan selanjutnya – Malaysia mencatatkan perkembangan KDNK di paras 2.9%.

Pengamatan di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada sidang KDNK Suku Kedua 2023 hari ini memperincikan prestasi ekonomi negara itu didorong hasil peningkatan pasaran buruh yang kian rancak, diikuti permintaan domestik dalam negeri dan aliran aktiviti perlancongan yang membrangsangkan. 

Namun perlu diakui, dalam tempoh 3 bulan bagi suku kedua 2023 ini, terdapat beberapa kekangan didepani negara – ini meliputi kelemahan permintaan luaran susulan kesan ketidakseimbangan berlaku pada kitara teknologi global. 

Selain itu pengeluaran komoditi diperingkat dunia yang lebih rendah, turut memberi kesan kepada perkembangan pertumbuhan ekonomi pada tempoh April, Mei dan Jun 2023. Di bawah prestasi ini terdapat 3 sektor ekonomi utama yang memperlihatkan perkembangan positif iaitu Perkhidmatan naik dengan 4.7%, Permbuatan naik 0.1% dan Pembinaan naik 6.2%. Sementara sektor pertanian pula menyusut 1.1% dan sektor Perlombongan menurun 2.3%. 

Sementara berhubung jangkaan inflasi pula, BNM menyasarkan separuh kedua tahun 2023 aliran inflasi keseluruhan dan inflasi teras akan lebih sederhana disebabkan kesan asas yang lebih tinggi. Namun risiko ini masih bergantung kepada prospek perubahan dasar negeri disebabkan kesan subsidi dan kawalan harga serta perkembangan komoditi di peringkat global.