Touch ‘n Go kini membolehkan orang awam membayar tempat letak kenderaan di jalanan menggunakan TNG eWallet di lebih banyak kawasan – dengan menambah kawasan baharu pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Seremban (Nilai) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Penambahan lokasi sedemikian, secara langsung menjadikan jumlah pengguna boleh bayar tempat letak kenderaan bersama TNG eWallet adalah 19 majlis. Maka dengan hanya menggunakan aplikasi TNG eWallet ini, pengguna boleh laksana pembayaran parkir anda pada bahagian perkhidmatan Parking dan boleh klik pada butang Pay For Parking Now serta memuatkan lokasi dan maklumat kenderaan anda untuk tindakan melunaskan pembayaran bersama amaun yang ditetapkan.
Ini senarai penuh buat perhatian para pengguna :
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
- Majlis Bandaraya Subang Jaya
- Majlis Perbandaran Kota Bharu
- Majlis Perbandaran Kota Bharu – Pasir Tumboh
- Majlis Perbandaran Kuala Langat
- Majlis Bandaraya Shah Alam
- Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
- Majlis Daerah Machang
- Majlis Perbandaran Sepang
- Majlis Perbandaran Kajang
- Majlis Perbandaran Kuala Selangor
- Majlis Perbandaran Selayang
- Majlis Perbandaran Teluk Intan
- Perbadanan Putrajaya
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya
- Majlis Bandaraya Seremban
- Majlis Bandaraya Seremban (Nilai)
- Majlis Perbandaran Klang
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Buat pengetahuan umum, setakat ini lebih 300,000 pengguna laksana pembayaran parkir bersama TNG eWallet pada setiap hari. Menerusi perluasan khidmat ini, secara langsung akan meningkatkan lagi jumlah penyertaan pengguna pada pembayaran parkir bersama TNG eWallet.