Artikel

TNG eWallet Kini Lengkapkan Liputan, Bolehkan Pengguna Bayar Parkir Jalanan Di KL Dan Selangor

Touch ‘n Go kini membolehkan orang awam membayar tempat letak kenderaan di jalanan menggunakan TNG eWallet di lebih banyak kawasan – dengan menambah kawasan baharu pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Seremban (Nilai) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Penambahan lokasi sedemikian, secara langsung menjadikan jumlah pengguna boleh bayar tempat letak kenderaan bersama TNG eWallet adalah 19 majlis. Maka dengan hanya menggunakan aplikasi TNG eWallet ini, pengguna boleh laksana pembayaran parkir anda pada bahagian perkhidmatan Parking dan boleh klik pada butang Pay For Parking Now serta memuatkan lokasi dan maklumat kenderaan anda untuk tindakan melunaskan pembayaran bersama amaun yang ditetapkan.

Ini senarai penuh buat perhatian para pengguna :

  1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  2. Majlis Bandaraya Subang Jaya
  3. Majlis Perbandaran Kota Bharu
  4. Majlis Perbandaran Kota Bharu – Pasir Tumboh
  5. Majlis Perbandaran Kuala Langat
  6. Majlis Bandaraya Shah Alam
  7. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
  8. Majlis Daerah Machang
  9. Majlis Perbandaran Sepang
  10. Majlis Perbandaran Kajang
  11. Majlis Perbandaran Kuala Selangor
  12. Majlis Perbandaran Selayang
  13. Majlis Perbandaran Teluk Intan
  14. Perbadanan Putrajaya
  15. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  16. Majlis Bandaraya Seremban
  17. Majlis Bandaraya Seremban (Nilai)
  18. Majlis Perbandaran Klang
  19. Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Buat pengetahuan umum, setakat ini lebih 300,000 pengguna laksana pembayaran parkir bersama TNG eWallet pada setiap hari. Menerusi perluasan khidmat ini, secara langsung akan meningkatkan lagi jumlah penyertaan pengguna pada pembayaran parkir bersama TNG eWallet.