Susulan tindakan Malaysia membekukan pengambilan pekerja asing pada Jun 2020, kini setelah pembukaan pengambilan semula dilakukan pada 15 Februari lalu – Malaysia dilihat menerima sekitar 111,807 permohonan.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) mendedahkan permohonan untuk menggaji pekerja asing itu merangkumi sektor;
- Perkilangan – 77,848 permohonan
- Perladangan – 13,119 permohonan
- Perkhidmatan – 10,611 permohonan
- Pembinaan – 8,530 permohonan
- Pertanian – 1,699 permohonan
Permintaan yang tinggi ini dilihat seiring dengan agenda negara untuk memperkasakan produktiviti ekonomi Malaysia. Meskipun tidak dimaklumkan paras kelulusan yang dilaksanakan – ia secara jelas menunjukkan penyertaan pekerja tempatan pada sektor demikian masih lagi rendah dan masih bergantung kepada tenaga asing.