Artikel

Malaysia Terima Lebih 111,800 Permohonan Menggaji Pekerja Asing – Sejak 15 Februari

Susulan tindakan Malaysia membekukan pengambilan pekerja asing pada Jun 2020, kini setelah pembukaan pengambilan semula dilakukan pada 15 Februari lalu – Malaysia dilihat menerima sekitar 111,807 permohonan.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) mendedahkan permohonan untuk menggaji pekerja asing itu merangkumi sektor;

  • Perkilangan – 77,848 permohonan
  • Perladangan – 13,119 permohonan
  • Perkhidmatan – 10,611 permohonan
  • Pembinaan – 8,530 permohonan
  • Pertanian – 1,699 permohonan

Permintaan yang tinggi ini dilihat seiring dengan agenda negara untuk memperkasakan produktiviti ekonomi Malaysia. Meskipun tidak dimaklumkan paras kelulusan yang dilaksanakan – ia secara jelas menunjukkan penyertaan pekerja tempatan pada sektor demikian masih lagi rendah dan masih bergantung kepada tenaga asing.