Artikel

Dewan Rakyat Lulus Belanjawan 2027

Setelah melalui fasa perbahasan selama 14 hari serta penggulungan di peringkat jawatankuasa, bersama sokongan majoriti Ahli Parlimen – hari ini sidang Dewan Rakyat telah mencapai kesepakatan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027.

Keputusan ini antaranya menyaksikan persetujuan akan peruntukan yang besar yang dirangka bagi hala tuju ekonomi negara pada 2027. Yang  mana menjadi rekod yang tertinggi dalam sejarah belanjawan negara iaitu melibatkan peruntukan RM459.8 bilion, meningkat RM40.6 bilion berbanding peruntukan sebelumnya.

Dengan peruntukan sedemikian, tumpuan pembangunan Malaysia akan meluas kepada sasaran pertumbuhan ekonomi, pengukuhan cukai, menyeimbangkan tekanan kos dan menambahbaik subsidi serta intensif buat rakyat Malaysia.