Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus menunjukkan prestasi yang positif apabila nilai aset pelaburan kumpulan meningkat secara berkala kepada RM1.55 trilion setakat akhir September lalu. Rekod ini jelas memaparkan lonjakan 10% berbanding akhir 2025.
Perkongsian Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Parlimen hari ini menjawab kepada persoalan strategi negara dalam memastikan kadar dividen KWSP kekal di paras 6%. Selain menuntut prestasi aset pelaburan yang terus berdaya saing, persekitaran pasaran ekonomi bagi jangka pendek turut memainkan peranan penting pada penentuan kadar dividen. Tatkala strategi jangka panjang pula tertumpu kepada usaha KWSP dalam mempelbagaikan pelaburan merentasi kelas aset dan sektor sebagaimana yang dipersetujui lembaga.
Maka penyasaran dividen sekurangnya 6% itu kekal di bawah radar KWSP bagi 2026. Seperti yang diketahui, tahun 2025 – KWSP telah mengagihkan dividen sebanyak RM79.6 bilion pada kadar 6.15% untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah.
