Setelah alami penangguhan pada tahun 2024, rangkaian kedai serbaneka 24 jam tempatan KK Mart Retail Bhd kini bersedia melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) bernilai RM462 juta menjelang penyenaraiannya di bursa pada 15 Disember ini.
Dinilaikan pada RM1.9 bilion, penjualan saham tersebut merangkumi sehingga 840 juta saham pada harga maksimum 55 sen sesaham, IPO ini jelas laporan akan membabitkan 210 juta saham baharu dan 630 juta saham sedia ada. Langkah ini sekali gus meletakkan KK Mart sebaris dengan peruncit tempatan lain seperti 99 Speed Mart dan Eco-Shop yang berjaya disenaraikan susulan daya tahan perbelanjaan pengguna serta pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan sepanjang tahun 2026.
Tempoh penangguhan tersebut dilihat telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) serta menambah baik pengurusan rantaian bekalan syarikat. Penstrukturan semula ini dilihat berjaya meletakkan kumpulan itu pada kedudukan yang jauh lebih kukuh dan bersedia untuk melangkah ke pasaran modal.
Dengan tindakan IPO, sebahagian besar hasil tersebut dijelaskan akan dimanfaatkan untuk membiayai pelan pengembangan agresif syarikat bagi mencapai sasaran 1,500 cawangan di seluruh negara menjelang tahun 2028, berbanding lebih 1,000 cawangan sedia ada. KK Mart optimis pasaran tempatan masih mempunyai potensi besar untuk diterokai memandangkan nisbah penduduk di Kuala Lumpur adalah sekitar 14,000 orang bagi setiap cawangan, jauh lebih rendah berbanding pasaran matang seperti Jepun, Korea Selatan dan Taiwan yang mencatat nisbah serendah 1,000 penduduk bagi setiap kedai. Selain menyokong pertumbuhan syarikat, penyenaraian ini juga bertujuan memberi ganjaran kepada pekerja setia serta rakan niaga.
Setelah alami penangguhan pada tahun 2024, rangkaian kedai serbaneka 24 jam tempatan, KK Mart Retail Bhd kini bersedia untuk melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) bernilai RM462 juta menjelang penyenaraiannya di bursa pada 15 Disember ini.
Dinilaikan pada RM1.9 bilion, penjualan saham tersebut merangkumi sehingga 840 juta saham pada harga maksimum 55 sen sesaham, IPO ini akan membabitkan 210 juta saham baharu dan 630 juta saham sedia ada. Langkah ini sekali gus meletakkan KK Mart sebaris dengan peruncit tempatan lain seperti 99 Speed Mart dan Eco-Shop yang berjaya disenaraikan susulan daya tahan perbelanjaan pengguna serta pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan sepanjang tahun 2026.