Artikel

Malaysia Teliti Peraturan Lebih Ketat – Kawal Lambakan Produk Murah Asing Dalam E-Dagang

Arena e-dagang yang semakin rancak tidak sekadar membuka ruang kepada peniaga tempatan untuk meluaskan jejak pasaran produk tetapi turut meningkatkan daya saing bersama pasaran antarabangsa dengan pertingkahan tawaran harga. Namun ketika ini pasaran e-dagang Malaysia memperlihatkan lambakan produk negara asing dengan tawaran harga murah terutamanya China yang ditinjau, menjadikan medium tersebut tidak seimbang susulan aspek kualiti diketepikan.

Menyedari isu ini terus berlarutan, Malaysia kini pertimbang untuk perkenalkan peraturan lebih ketat bagi mengawal masuk produk murah dari negara asing pada platform e-dagang semasa. 

Tindakan itu dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim padai sesi Dialog Negara bersama RTM minggu ini. Tegas PM Anwar, langkah itu tidak bermakna kerajaan mahu menghalang atau menyekat sepenuhnya kemasukan produk asing tetapi ini adalah insiatif susulan dalam memastikan mutu produk berharga rendah kekal ditahap terbaik di samping tidak menjejaskan daya saing peniaga tempatan.

PM Anwar turut menjelaskan penelitian tersebut telah dibangkitkan kepada kepimpinan China dalam beberapa siri lawatan beliau ke China sebelum ini. Perihal itu turut mendapat reaksi Presiden China Xi Jinping akan ketersediaan China untuk membuka lagi ruang meningkatkan aliran eksport daripada Malaysia.