Prestasi suku ketiga 2026 memperlihatkan penurunan pada keuntungan bersih CIMB Group iaitu merosot hampir 10% kepada RM1.88 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
Rekod ini menurut makluman kepada Bursa Malaysia dipengaruhi aliran margin faedah bersih (NIM) yang lebih rendah sekali gus memberi kesan kepada pendapatan faedah bank yang menjejaskan hasil yuran dan dagangan kumpulan. Rentetan penurunan ini, keuntungan untuk tempoh 9 bulan kumpulan juga memperlihatkan penyusutan 3.5% kepada RM5.73 bilion.

Biarpun berdepan cabaran tersebut, CIMB optimis untuk memacu segmen perniagaan kumpulan antaranya pertumbuhan kunci kira-kira, pengurusan kekayaan, jualan perkhidmatan perbendaharaan dan pendapatan yuran. Diikuti ekosistem digital yang diterajui OCO, OCTO Biz dan TNG Group turut memperlihatkan pertumbuhan positif. Berdasarkan notis CIMB, keuntungan TNG Group kini meningkat dua kali ganda secara tahunan bagi tempoh 9 bulan 2026.