Artikel

BSN Pay Kini Diperkenalkan – Permudahkan Transaksi, Dilengkapi BSNSecure

Selari dengan agenda meningkatkan pengalaman perbankan digital serta memudahkan urusan perniagaan harian, Bank Simpanan Nasional (BSN) kini memperkenalkan BSN Pay.

Akses ini direka khas untuk membolehkan para peniaga memproses pembayaran dengan selamat di samping mengakses perkhidmatan pelaporan kewangan secara lebih sistematik. Selain itu, BSN Pay turut menawarkan kemudahan kepada pemegang Kad Korporat-i BSN Visa dan Kad Debit Perniagaan BSN Visa untuk meluluskan atau menolak transaksi e-dagang dengan pantas dan mudah.

Selaras dengan keutamaan BSN dalam menjamin keselamatan kewangan pelanggan, aplikasi BSN Pay dilengkapi dengan ciri BSNSecure, iaitu sistem Pengesahan Pelbagai Faktor (MFA) yang dibangunkan bagi memastikan setiap data dan transaksi sentiasa dilindungi daripada sebarang ancaman penipuan. Sehubungan itu, bermula 15 Disember 2026, kaedah pengesahan SMS OTP akan digantikan sepenuhnya dengan BSNSecure bagi semua urusan transaksi e-dagang.

Perubahan ini merupakan langkah proaktif dalam memperkukuh tahap keselamatan perbankan dalam talian untuk semua pengguna. Maka bagi memastikan kelancaran transaksi dalam talian pada masa hadapan, para pelanggan yang berkaitan disarankan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi BSN Pay dengan segera.