Artikel

Pos Malaysia, X Square Robot Teroka Kerjasama Teknologi Untuk Urus Logistik

Pos Malaysia Berhad dan X Square Robot hari ini telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) untuk meneroka penggunaan teknologi robot pintar dalam operasi logistik.

Menyedari tugas mengurus bungkusan berdepan cabaran kerana melibatkan pelbagai saiz, bentuk dan berat – kerjasama ini dijelaskan akan memperlihatkan X Square Robot membekalkan peralatan robotik untuk tujuan penilaian, manakala Pos Malaysia berkongsi pengalaman operasi serta keperluan sebenar industri pos dan logistik.

Dengan langkah kebersamaan itu, usaha ini akan membantu operasi Pos Malaysia untuk memahami keperluan sokongan pintar dalam mengukuhkan perkhidmatan kumpulan. Buat pengetahuan umum, setakat ini Pos Malaysia perlu mengendalikan lebih 3,000 pusat barangan dan memenuhi penghantaran ke lebih 11 juta alamat di seluruh Malaysia.

Biarpun kerjsama ini masih diperingkat awal dan penilaian – kesepakatan sedemikian berpotensi meningkatkan kecekapan operasi secara berkala dan memabantu Pos Malaysia lebih memahami akan kekangan yang didepani kumpulan sekiranya integrasi teknologi pintar ini direalisasikan kelak.