Artikel

Carsome Premium Kini Dilancarkan – Tawar Pilihan Kereta Terpakai Premium Buat Pengguna

Carsome, medium e-dagang kenderaan terpakai di pasaran Asia Tenggara kini tampil dengan segmen baharu iaitu Carsome Premium. Merupakan kategori baharu kenderaan terpakai premium yang lebih mudah diakses menerusi penawaran harga yang kompetitif bersama tahap pemeriksaan kenderaan yang ketat dan perlindungan pemilikan yang lebih baik.

Pengenalan segmen ini sekali gus memperluaskan lagi portfolio kenderaan sedia ada Carsome merangkumi Carsome Certified dan Carsome Value Plus. Bersama penawaran sedemikian, ini memberikan pengguna lebih banyak pilihan memenuhi citarasa kenderaan, bajet dan keperluan pemilikan.

Berdasarkan tinjauan Rnggt, antara jenama yang tersenarai pada segmen Carsime Premium ini adalah Mercedes, BMW dan Toyota Harrier. Di bawah kategori ini, setiap kenderaan Carsome Premium akan dilengkapi 5 manfaat utama iaitu jaminan pemulangan wang dalam tempoh 100 hari atau 3,000km dengan syarat bebas kerosakan, waranti sehingga 5 tahun,  tawaran jualan balik terjamin untuk 3 tahun pertama, perolehi perkhidmatan penjagaan bernilai RM3,000 untuk tahun pertama dan akses pemeriksaan kenderaan menyeluruh.