Bermula 29 November ini, Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) dimaklumkan akan diuji secara serentak di seluruh Malaysia pada jam antara 10 pagi hingga 10.30 pagi.
Pengenalan MySiren ini bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan rakyat Malaysia apabila berdepan situasi kecemasan dan ujian ini untuk memberi gambaran awal kepada masyarakat akan bagaimana sistem tersebut berfungsi tanpa berdepan sebarang kejutan. Yang mana sistem ini akan memberi amaran bencana berkaitan banjir, cuaca buruk dan tsunami dihantar terus ke telefon penduduk di kawasan berisiko.
Ini bermakna semua telefon pintar penduduk Malaysia, perlulah dikemaskini pada versi sistem pengendalian terkini untuk meraih makluman MySiren.

Dan ketika tempoh pengujian tersebut, Kementerian Komunikasi pada Parlimen hari ini memaklumkan sistem ini tidak menggunakan sebarang data atau mengenakan kos ke atas pengguna serta tidak memerlukan sokongan internet. Maka kebimbangan berhubung perihal tersebut tidak perlu dipertikaikan. Malah perolehan maklumat MySiren tidak memerlukan sebarang tindakan muat turun atau pendaftaran. Segala maklumat bencana menerusi MySiren akan dipaparkan secara automatik kepada peranti pintar penduduk Malaysia.
