Artikel

Lebih 404,000 Rakyat Malaysia Berdepan Sekatan – Antaranya Kesan Tunggakan Cukai, PTPTN Dan KWSP

Ternyata seramai 404,848 rakyat Malaysia kini berdepan sekatan perjalanan ke luar negara, sejak tahun 2024.

Rekod ini mengikut laporan The Star merangkumi tunggakan cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tunggakan bayaran atau isu penguatkuasaan melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, tunggakan caruman atau obligasi berkanun lain melibatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kes berkaitan kebankrapan di bawah seliaan Jabatan Insolvensi Malaysia, tunggakan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), serta perintah atau sekatan mahkamah.

Dengan data sedemikian, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menasihati rakyat Malaysia supaya menyemak status sekatan perjalanan mereka melalui Sistem Semakan Status Perjalanan Imigresen di sebelum ke luar negara. Ini kerana, kegagalan berbuat demikian akan menyukarkan perjalanan pengguna ke luar negara susulan segala pelunasan hanya boleh diselesaikan secara terus bersama agensi terlibat tidak ketika di sempadan pintu negara. JIM tidak mengutip sebarang bayaran tertunggak bagi pihak agensi kerajaan lain.

Setelah penyelesaian dicapai dan agensi terlibat mengesahkan pelunasan tersebut maka barulah JIM menarik balik sekaran tersebut mengikut tindakan sewajarnya. Oleh itu untuk mengelakkan situasi rumit sedemikian, semua rakyat Malaysia wajib menyemak status perjalanan masing-masing akan tidak membawa kepada kerugian yang lebih besar.