Artikel

Maybank Hentikan Penghantaran Emel Automatik Penyata Akaun Semasa, Simpanan – Mulai 1 Januari 2027

Maybank memaklumkan bermula 1 Januari 2027, penyata bulanan bagi Akaun Semasa dan Akaun Simpanan/-i peribadi tidak akan dihantar secara automatik melalui emel. Ini bermakna mana-mana pengguna individu yang masih mahu menerima makluman secara emel, dijelaskan perlu mengaktifkan semula tetapan sedemikian secara manual mulai tarikh berkenaan.

Jelas Maybank pada notis rasmi, penyata bulanan tersebut boleh diakses secara atas talian atau memuat turunnya pada bila-bila masa menerusi aplikasi MAE dan laman web Maybank2u (M2U).

Pelaksanaan sedemikian dilihat tidak sekadar meningkatkan tahap keselamatan daripada risiko pencerobohan emel tetapi turut bertindak menyelaraskan pemusatan ekosistem digital dengan aplikasi MAE dan laman M2U. Usaha ini juga berpotensi meningkatkan kecekapan kos infrastruktur dan penyelenggaraan pelayan perbankan secara berkala.

Dan perlu difahami, makluman ini hanya terpakai untuk Akaun Semasa dan Akaun Simpanan/i-peribadi sahaja, tidak melibatkan akaun perniagaan. Maka dengan makluman tersebut, diharap semua pengguna individu peka akan perubahan yang dilaksanakan dan merangka simpanan data transaksi anda dengan lebih mudah menerusi ekosistem digital Maybank.