Artikel

Pindaan Akta MARA Kini Fasa Akhir – Dijangka Bentang Tahun Ini

Proses memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi menggantikan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1996 kini di peringkat akhir dengan jangkaan dapat dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum akhir 2026.

Dibawah rangka pindaan ini, keutamaan dijelaskan adalah untuk menambahbaik peraturan MARA berkaitan pengurusan kewangan, pinjaman dan audit di bawah pengurusan yang sama. Usaha ini tidak sekadar ingin membentuk tatakelola yang lebih baik tetapi turut ingin mengatasi isu kerugian yang didepani organisasi pada cabang perniagaan dan pendidikan.

Tindakan sedemikian tidak sekadar melindungi nilai aset MARA yang ketika ini lebihi RM23 bilion tetapi juga meningkatkan kualiti pada pulangan buat rakyat dalam mengukuhkan hak mereka di bawah MARA.