Artikel

Inisiatif Kurangkan Kerenah Birokrasi, Kini Rekod Penjimatan RM3.7 Bilion – MITI

Usaha kerajaan untuk mengurangkan kerenah birokrasi kini dilihat telah membawa kepada penjimatan kos pematuhan sekitar RM3.71 bilion setakat Oktober lalu – di bawah inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB).

Buat pengetahuan umum melalui RKB penjimatan ini merangkumi tindakan mengurangkan kos pematuhan, mempercepatkan tempoh kelulusan dan menghapuskan tuntutan yang berulang pada tindakan pengesahan. Dan berdasarkan prestasi itu, sekitar 654 projek daripada 1,703 projek yang didaftarkan di bawha RKB telah berjaya diselesaikan.

Dengan langkah sedemikian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melihat usaha tersebut dapat meningkatkan kecekapan perniagaan, mengurangkan beban kawalselia dan memanfaatkan kemahiran pekerja bersama sokongan teknologi. Sekali gus dapat menjadikan arena ekonomi Malaysia lebih cekap dan berdaya saing.