Artikel

Inflasi Makanan, Minuman Naik Di Semua Negeri – Kecuali Kelantan

Inflasi Makanan dan Minuman di Malaysia terus memperlihatkan peningkatan, sekitar 1.7% bagi rekod Oktober 2026. Yang mana segmen Makanan di Luar Rumah memperlihatkan kenaikan yang lebih sederhana kepada 2.5% diikuti kos Makanan di Rumah pula kekal tidak berubah iaitu 1.7%.

Dan berdasarkan rekod itu, taburan mengikut negeri menunjukkan semua negeri memaparkan peningkatan inflasi Makanan dan Minuman kecuali Kelantan (-0.2%). Persekitaran ini antaranya didorong oleh purata harga bagi produk daging secara menyeluruh telah meningkat sebanyak 2.7% manakala Sayur-sayuran pula 2.9%.

Sementara untuk inflasi menyeluruh pula memperlihatkan peningkatan kepada 1.9%. Kedudukan ini memperlihatkan terdapat 7 negeri rekod peningkatan inflasi lebihi paras inflasi kebangsaan (1.9%). Ianya adalah Negeri Sembilan (2.6%), Kedah (2.5%), Johor (2.3%), Putrajaya (2.3%), Pahang (2.2%), Labuan (2.2%) dan Selangor (2.1%).