Artikel

Penjawat Awam Johor Terima Bonus 2.5 Bulan Gaji – Pada Disember Ini

Hasil komitmen penjawat awam negeri dan persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri – Johor kini mengumumkan pengagihan insentif khas sebanyak 2 bulan setengah gaji pada Disember ini.

Pengumuman yang dikongsikan ketika sidang belanjawan negeri 2027 itu sekali gus membantu kumpulan kakitangan awam melandaikan tekanan kewangan semasa mereka dan berpotensi memberi manfaat kepada lebih 17,000 penjawat awam negeri terlibat.

Sementara untuk persekutuan pula akan menerima insentif khas sejumlah RM500, diagihkan secara berperingkat pada akhir Disember 2026 dan Januari 2027. Dengan penyediaan insentif tersebut, ia disasar dapat memberi motivasi kepada penjawat awam untuk terus meningkatkan prestasi perkhidmatan mereka bersama penduduk negeri Johor di masa hadapan.