Malaysia kini mengusulkan potensi penglibatan sektor pertanian, insurans dan entiti berkaitan kesihatan pada pembiayaan yang mampan untuk menangani pencemaran jerebu merentasi sempadan di peringkat ASEAN.
Usul ini jelas Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) adalah selaras dengan Artikel 20 Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP). Di mana sumber pembiayaan ini merangkumi organisasi antarabangsa, institusi kewangan serantau, agensi penderma, serta pihak berkepentingan lain yang dipersetujui.
Cadangan yang dikemukakan oleh Malaysia ini telah mendapat sokongan padu daripada negara anggota Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Sub-Serantau (MSC). Pihak mesyuarat juga telah bersetuju supaya Sekretariat ASEAN mengambil langkah untuk meneroka serta menilai kebolehlaksanaan cadangan tersebut secara menyeluruh.
Perbincangan serta rundingan lanjut mengenai cadangan penting ini akan diteruskan dalam Mesyuarat Ke-21 Committee (COM) dan Conference of the Parties (COP) AATHP yang dijadualkan berlangsung pada Disember 2026 di Vietnam. Langkah ini dijangka mampu memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan rantau ini dalam mendepani krisis jerebu secara berkesan.