Bermula tahun 2027, penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) anak negeri yang menjalani latihan industri di agensi kerajaan, anak syarikat kerajaan negeri Selangor – akan menerima elaun latihan industri sebanyak RM1,500 sebulan bagi tempoh 3 hingga 6 bulan fasa latihan industri.
Pelaksanaan di bawah pelancaran Selangor Programme for Aspiring, Ready, and Knowledgeable Talents (SPARK) ini jelas Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari melibatkan peruntukan RM1.5 juta, yang dijangka dapat memanfaatkan seramai 500 graduan dan mahasiswa Selangor.
Sebagai perincian, bagi fasa pertama 50 penempatan pelatih adalah di bawah kumpulan MBI Selangor. Selanjutnya 100 penempatan pelatih disasarkan tersedia di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, dan rakan korporat strategik sebelum diperluas kepada syarikat berkaitan yang lain. Kadar ini turut terpakai bagi latihan industri di pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri.
Inisiatif SPARK 2027 ini untuk makluman terbuka kepada anak Selangor yang merupakan pelajar IPT awam dan swasta, politeknik serta TVET. Dan sekiranya pelajar berminat, permohonan latihan industri boleh dilanjutkan menerusi borang SPARK 2027.