Artikel

Panda Eyes Akan Disenarai Pada Pasaran ACE – Menjelang Januari 2027

Panda Eyes, penyedia rangkaian fesyen kini dilihat mengatur langkah strategik untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia, yang dirancang pada Januari 2027.

Langkah ini dilihat menyokong pertumbuhan operasi untuk meningkatkan keupayaan, meluaskan jejak perkhidmatan mereka di pasaran Malaysia. Setakat ini kumpulan memiliki 33 cawangan fizikal di pasaran semasa selain mengendalikan saluran e-dagang TikTok Shop dan Shopee. 

Maka dengan sokongan IPO kelak, sebahagian besar hasil tersebut akan dimanfaatkan kumpulan dengan pertambahan 15 cawangan baharu di Malaysia disusuli menaik taraf premis sedia ada untuk meningkatkan pengalaman berbelanja pengguna

Gambaran itu telah dikongsikan pada sidang hari ini yang memaparkan perjanjian taja jamin antara Panda Eyes bersama M&A Securities. Kesepakatan itu akan melibatkan sebanyak 121.875 juta saham baharu oleh M&A Securities.