Dutch Lady Malaysia hari ini mengumumkan telah bersetuju untuk memperoleh 35% kepentingan ekuiti dalam Jemaluang Dairy Valley Sdn Bhd (JDV), sebuah perniagaan tenusu bersepadu yang berasaskan di Johor, daripada Kulim (Malaysia) Berhad pada nilai RM17.5 juta secara tunai.
Dengan perolehan kepentingan tersebut ia sekali gus dapat menyokong pertumbuhan susu segar kumpulan di pasaran tempatan. Ini bermakna, Dutch Lady Malaysia akan menyertai Kulim, anak syarikat milik penuh Johor Corporation (JCorp) dan A2 Fresh Holdings Sdn Bhd (A2F), anak syarikat Rhone Ma Holdings Berhad selaku pemegang saham JDV – bagi mewujudkan perkongsian strategik antara ketiga-tiga pemegang saham untuk menyokong pembangunan berterusan JDV.
Sebagai penjelasan, JDV akan terus beroperasi di bawah pengurusan sedia ada, dengan Dutch Lady Malaysia bekerjasama disamping Kulim dan A2F sebagai pemegang saham di bawah pengaturan tadbir urus yang dipersetujui. Pihak terbabit akan membina kekuatan sedia ada JDV dan meneroka peluang untuk meningkatkan keupayaannya serta meneruskan inovasi yang relevan dengan pengguna, di samping menyokong pembangunan berterusan rantaian nilai tenusu Malaysia.