Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, telah mengumumkan peletakan jawatannya secara rasmi berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini yang membolehkan Dato’ Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan rumah, di samping selaras dengan pendirian yang telah diumumkannya pada Jumaat lalu. Beliau menegaskan bahawa langkah tersebut berpegang teguh pada prinsip serta pendirian yang pernah dijelaskan sebelum ini.
Dalam notis media yang dikeluarkan, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepadanya untuk berkhidmat dalam Jemaah Menteri sejak Disember 2022. Selain itu, penghargaan juga ditujukan kepada barisan pengurusan tertinggi serta seluruh warga Kementerian Pengangkutan (MOT) atas komitmen dan kerjasama padu sepanjang tempoh berkhidmat.
Anthony Loke memaklumkan pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan urusan peralihan tugas berjalan dengan lancar. Bagi memastikan segala tanggungjawab serta inisiatif kementerian terus dilaksanakan dengan baik demi kepentingan rakyat.