Artikel

Tiket ECRL Mula Dijual Pertengahan November Ini – MRL

Sejak 7 November lalu sehingga 2 Disember 2026 kelak, dimaklumkan seramai 170 penumpang menyertai perjalanan Program Operasi Percubaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Gombak ke Kota Bharu bagi menilai kecekapan perkhidmatan, pengurusan stesen serta pengalaman penumpang pada situasi operasi sebenar.

Makluman Malaysia Rail Link (MRL) ini sekali gus menandakan tempoh selama 26 hari ini merupakan fasa ujian terakhir yang dijalankan sebelum perkhidmatan Fasa 1 ECRL ini dibuka kepada orang awam mulai 12 Disember 2026.

Dan untuk persediaan awam, dimaklumkan penjualan tiket dan perkhidmatan penumpang ECRL ini akan diumumkan dalam masa terdekat pada pertengahan November 2026 di saluran rasmi ECRL. Maka untuk persediaan itu, semua pengguna diminta peka akan jadual perjalanan serta tawaran diskaun yang disediakan antaranya semua rakyat Malaysia raih diskaun 30% pembelian tiket ECRL selama sebulan.

Sementara tawaran tetap iaitu 50% diskaun tiket pula untuk kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 12 tahun, warga emas, OKU dan pesara kerajaan. Disusuli 40% diskaun tiket untuk kumpulan pelajar berusia 13 tahun hingga 24 tahun.