Dalam usaha mengukuhkan operasi e-dagang tempatan dan serantau – Siti Khadijah kini menjalinkan kerjasama dengan DHL Supply Chain Malaysia bagi menyokong meluaskan jejak produk kumpulan dan memenuhi permintaan secara atas talian pada pasaran serantau.
Usaha ini selari dengan kapasiti pasaran e-dagang Malaysia yang dijangka berkembang 9.4% kepada RM162 bilion. Angka itu sekali gus menuntut keperluan sistem logistik yang cekap dalam memastikan permintaan atas talian dapat dipenuhi dengan baik secara berkala. Berdasarkan komitmen itu, DHL bertindak menguruskan penyimpanan barangan, pengurusan inventori, pemproses pesanan, menyelaraskan penghantaran fasa akhir dan pengurusan pemulangan produk.
Kebersamaan strategik ini secara langsung dilihat akan memacu lagi operasi Siti Khadijah untuk terus memenuhi permintaan tempatan, serantau – setakat ini sahaja jenama memiliki sekitar 65 butik meliputi Malaysia, Singapura dan Indonesia. Tatkala permintaan atas talian juga meluas termasuklah pada pasaran Brunei.