Artikel

Luno Umum 7 Dompet Staking Dan Large Cap Bundle – Kini Disahkan Patuh Syariah

Luno, bursa aset digital di Malaysia, hari ini mengumumkan kesemua produk Staking dan fungsi Luno Large Cap Bundle kini disahkan patuh Syariah. Ini menjadikan Luno sebagai bursa aset digital kawal selia pertama di Malaysia yang menawarkan rangkaian lengkap produk pertumbuhan aset secara pasif yang disahkan patuh Syariah kepada pelabur tempatan.

Status ini diberikan kepada Sharlife Sdn Bhd setelah fasa penilaian Syariah bebas dicapai bersama Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas perkhidmatan Staking Luno bagi Polkadot (DOT), Avalanche (AVAX), Cosmos (ATOM) dan NEAR Protocol (NEAR), bagi memastikan pematuhan terhadap prinsip Syariah.

Empat penambahan ini sekali gus menyertai senarai terdahulu iaitu Ethereum (ETH), Solana (SOL) dan Cardano (ADA), yang telahpun disahkan patuh Syariah oleh penasihat Syariah bebas Luno bagi tempoh Disember 2024 hingga Oktober 2025, menjadikan kesemua 7 dompet Staking Luno disahkan memenuhi prinsip Syariah. Dalam semakan yang sama, Sharlife turut mengiktiraf fungsi Bundle Luno Large Cap, yang menjejaki Indeks CoinDesk 5 yang tersedia di Malaysia, sebagai patuh Syariah. Dilancarkan di Malaysia pada November 2024 dengan kerjasama CoinDesk Indices, fungsi Bundle memberikan pengguna Luno pendedahan kepada sehingga lima mata wang kripto terbesar berdasarkan permodalan pasaran dalam satu portfolio yang diimbangkan semula secara automatik.

Pencapaian ini bermakna pelabur beragama Islam di Malaysia kini boleh menggunakan fungsi Stake dan Bundle serta menyimpan aset digital di platform Luno dengan keyakinan bahawa setiap produk pertumbuhan aset secara pasif yang ditawarkan telah dinilai secara bebas berdasarkan keperluan Syariah.