Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, Anthony Loke Siew Fook iaitu Setiausaha Agung DAP kini menepati janji yang diuarkan – iaitu meletakkan jawatannya selaku Menteri Pengangkutan Malaysia (MOT) setelah bekas Perdana Menteri Najib Razak membayar denda RM50 juta untuk jalani hukuman penjara menerusi tahanan rumah.
Pengunduran Anthony Loke ini dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 September lalu, setelah parti mendasari status politik semasa dan keputusan hukuman bekas Perdana Menteri Najib Razak. Status tersebut dilihat bercanggah dengan prinsip politik DAP bersama rakyat negara.
Dan berdasarkan makluman sidang media Anthony Loke sebentar tadi, difahamkan peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa setelah Najib Razak sampai di kediaman beliau.
Namun DAP menghormati keputusan sedemikian dan menjelaskan peletakan jawatan Anthony Loke tidak melibatkan penyertaan ahli-ahli DAP yang lain, yang miliki jawatan dalam Kabinet. Semua menteri dan timbalan menteri daripada DAP akan kekal menganggotai barisan pentadbiran kerajaan dan menjalankan tugas serta portfolio masing-masing seperti biasa tanpa sebarang perubahan. Pengekalan wakil-wakil DAP dalam barisan kabinet adalah komitmen berterusan parti untuk menyokong kestabilan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan PM Anwar