Artikel

Singapore Airlines Labur $1.6 Bilion – Naik Taraf Kabin Mewah 72 Pesawat

Singapore Airlines hari ini memaklumkan melabur $1.6 bilion bagi menaik taraf kabin penerbangan jarak jauhnya merentasi kesemua empat kelas perjalanannya iaitu Kelas Pertama, Kelas Perniagaan, Kelas Ekonomi Premium dan Kelas Ekonomi. Langkah komprehensif ini diambil bagi mengekalkan kedudukan syarikat penerbangan berkenaan sebagai tanda aras perkhidmatan premium di peringkat global, di samping bersaing rapat dengan syarikat penerbangan antarabangsa lain yang turut melabur besar dalam menawarkan pengalaman penerbangan mewah.

Penaiktarafan ini merangkumi ruang peribadi mewah, penambahan pintu privasi gelongsor di kelas pertama dan tempat duduk baring rata buat julung kalinya di kelas perniagaan. Dan pelaburan ini dijelaskan melibatkan 72 buah pesawat merangkumi armada Airbus A350-900 yang diubah suai dan pesawat Boeing 777-9 baharu yang bakal menjadi pesawat perdana jarak jauh bagi menggantikan A380 secara berperingkat.

Tetapi pengenalan kabin baharu yang dijadualkan bermula separuh kedua tahun 2027 ini berdepan cabaran kelewatan industri akibat isu pengesahan sijil keselamatan tempat duduk serta penangguhan penghantaran pesawat Boeing 777-9. Namun, Singapore Airlines kekal optimis bahawa kombinasi reka bentuk fizikal yang serba moden kelak akan terus mengukuhkan kelebihan kompetitif mereka dalam pasaran perjalanan premium.