Sekiranya tekanan kos komoditi dan bekalan mentah terus meningkat di pasaran semasa – Fraser & Neave Holdings (F&N) tidak menolak potensi untuk melaras naik sebilangan produk jenama. Berdasarkan rekod sepanjang 12 bulan hingga 15 bulan – didapati produk F&N telah mencatatkan kenaikan harga purata antara 3 hingga 4% pada segmen terpilih.
Potensi kenaikan harga yang dikongsikan ketika sidang prestasi kewangan hari ini, tidak sekadar mengambilkira tekanan bekalan tetapi kenaikan perbelanjaan disebabkan peningkatan kos input seperti gula, timah dan tenaga juga perlu diteliti. Dan pastinya kenaikan itu dijaminkan perlu selari dengan kemampuan kapasiti pekerja dan permintaan pengguna.
Dengan pendekatan sedemikian, pertimbangan tersebut tidak akan menjejaskan margin keuntungan serta tahap sentiviti pengguna akan perubahan harga produk. Secara menyeluruh F&N akan terus memantau perkemabgnan pasaran dan aliran mata wang negara untuk merangka strategi kos di pasaran 2027.