Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal di paras 2.75% – iaitu masih sama sebagaimana ditetapkan sejak Julai 2025.
Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini didasari akan pertumbuhan global yang terus berdaya tahan, disokong oleh pelaburan teknologi global yang kukuh dan pasaran pekerja yang stabil. Biarpun paras inflasi memaparkan peningkatan kecil kesan tekanan kos tenaga namun prestasi ekonomi Malaysia kekal terkawal.
Perihal ini diimbangi dengan aliran perbelanjaan teknologi ke Malaysia terus kukuh. Dan berdasarkan pengukuhan itu, pertumbuhan suku ketiga Malaysia memaparkan peningkatan yang positif disokong prestasi eksport yang terus stabil memenuhi permintaan serantau.
Bergerak ke hadapan, BNM optimis prestasi ekonomi Malaysia pada 2027 akan terus berdaya tahan dan menyaingi pasaran global. Namun perihal itu kekal tertakluk persekitaran konflik Timur Tengah dan keadaan itu akan terus dipantau secara berkala, dengan memastikan pelarasan dasar kewangan yang sesuai dapat dilaksanakan demi memelihara kesejahteraan tunai rakyat di masa hadapan.