Artikel

JCorp Dan CVC Pertimbang Keluar Daripada Perniagaan KFC, Pizza Hut – Kesan Tekanan Kos

Johor Corp (JCorp) dan syarikat ekuiti swasta CVC Capital Partners kini dilihat meninjau peluang untuk keluar daripada segmen perniagaan makanan segera KFC dan Pizza Hut. Menurut laporan, langkah ini diambil kesan tekanan kos dan persaingan semasa di pasaran.

Setakat ini difahamkan terdapat beberapa pelabur potensi menzahirkan minat untuk pembelian tersebut namun harga jualan yang ditetapkan adalah tinggi sekitar RM4 bilion. Menjadikan ia sukar direalisasikan susulan lebih tinggi berbanding penilaian semasa.

Buat pengetahuan umum JCorp memiliki kepentingan 55.63% dalam Massive Equity iaitu syarikat yang memiliki 100% saham dalam QSR Brands – pengendali lebih 800 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja diikuti lebih 500 restoran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura. Manakala baki saham QSR Brands sekitar 44.19% pula dipegang oleh Melati Asia iaitu syarikat yang dimiliki bersama oleh KWSP (51%) dan CVC (49%) serta baki selebihnya pula dimiliki beberapa individu.

Secara menyeluruh setakat ini pihak terlibat tidak memberi sebarang maklum balas dan tidak menidakkan rancangan tersebut.