Seramai 100 pekerja Utusan Malaysia dan Kosmo kini dilaporkan akan mengikuti Program Cuti Berbayar selama 3 bulan bermula pertengahan November kelak.
Arahan di bawah syarikat induk Media Mulia ini dijelaskan adalah sebahagian langkah kumpulan untuk menyaingi perubahan landskap industri media yang ketika ini lebih tertumpu kepada platform digital. Sebagai perincian, program tersebut bertujuan menilai semula keperluan operasi, keupayaan syarikat pada penghasilan kandungan maklumat di pasaran hadapan. Namun Media Mulia tidak menggariskan sebarang keputusan mutlak berhubung nasib kumpulan pekerja terlibat setelah program tersebut tamat.
Buat pengetahuan umum, ini bukanlah kali pertama tindakan pemberhentian dilaksanakan kumpulan. Sebelum ini iaitu pada 2019 langkah yang sama turut dilaksanakan dengan melibatkan lebih pemberhentian sekitar 500 petugas.