Pulau Pinang kini melaksanakan kajian penjajaran semula Laluan Ketiga Pulau Pinang menggunakan reka bentuk konsep jambatan sebagai alternatif menggantikan cadangan terowong dasar laut. Peralihan ini melibatkan penelitian semula cabaran persekitaran, kos, teknikal dan kewangan negeri.
Kajian ini menurut Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Negeri Zairil Khir Johari mengambilkira pelbagai faktor – antaranya rancangan pembesaran Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengelakkan gangguan operasi pelabuhan dan keperluan mengurangkan kesesakan trafik di kawasan Gurney Bay turut diteliti.
Biarpun tidak memiliki garis masa yang mutlak, kajian reka bentuk konsep ini dijelaskan masih diperingkat semakan dan kelak hasilnya akan dibentang kepada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bagi meraih pertimbangan lanjut.