Aplikasi perbankan digital kini bukan lagi sekadar platform untuk memindahkan wang atau membayar bil semata-mata, malah aplikasi seperti AEON Bank telah berevolusi menjadi rakan celik Ringgit yang interaktif, dinamik dan mesra pengguna. Terbaru, pasukan editorial Rnggt dan team pengurusan Amanz telah mencuba sendiri ciri terbaharu AEON Bank iaitu Purr-sona Kewangan yang diperkasakan AI menerusi mentor pengurusan kewangan Neko Sensei.
Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya Purr-sona Kewangan ini dan dari segi apa ia mampu membantu kita menguasai bajet dan mencetuskan kecenderungan kewangan yang lebih sihat pada tabiat kewangan peribadi? Mari kupas dan perinci bersama Rnggt.
Apa Itu Purr-sona Kewangan?
Istilah Pesona (Purr-sona) selari dengan definisinya dalam kamus Dewan yang membawa maksud ‘watak atau sifat atau karakter serta personaliti yang ditampilkan kepada umum’ menjadi satu pilihan istilah yang cukup kuat digunakan oleh AEON Bank untuk ciri interaktif baharu ini, manakala perkataan ‘Purr-sona’ pula merupakan wordplay atau mainan kata istilah ‘Persona’ tapi disebut ibarat bunyi ‘purr’ manja suara kucing, lantaran ikon maskot AEON Bank ialah kucing bernama Neko.
Purr-sona Kewangan telah dibangunkan oleh AEON Bank khas demi memenuhi keperluan pelanggan terhadap pengalaman perbankan dinamik, di samping membantu para pelanggan mengenal pasti profil kewangan masing-masing, lantaran membantu meningkatkan tahap penguasaan celik Ringgit (Ringgit savvy) dan daya peribadi pengurusan bajet yang mencerminkan gaya hidup mereka.
Menariknya, ciri interaktif ini boleh diakses secara percuma menerusi aplikasi AEON Bank di bawah bimbingan Neko Sensei, iaitu mentor pengurusan kewangan berpacukan AI. Neko Sensei bertindak menganalisis aktiviti dan data kewangan di dalam aplikasi merentasi empat tabiat utama iaitu simpanan, perbelanjaan, perancangan, dan pelunasan pembiayaan. Hasil analisis ini kemudiannya dipadankan dengan kategori Purr-sona Kewangan (Financial Purr-sona) yang paling relevan dengan profil pelanggan tersebut.

Kenali 4 Purr-sona Kewangan di Aplikasi AEON Bank
Bagi memastikan pemetaan profil kewangan yang lebih agil, justeru mampu membantu pengurusan bajet yang mampan dan tabiat kewangan lebih memberangsangkan, AEON Bank menampilkan empat kategori Purr-sona Kewangan khusus buat para pengguna.
Tauke Tabung merupakan padanan purr-sona bagi pelanggan yang mengutamakan fokus terhadap simpanan serta pembentukan tabiat kewangan yang sihat sebagai matlamat utama. Maka dengan itu, pelanggan tersebut layak dinobatkan sebagai ‘bos’ kepada Tabung Simpanan.
Planner Pro Max pula ialan purr-sona yang relevan bagi mereka yang mengamalkan pendekatan proaktif dalam perancangan kewangan serta pelaburan. Purr-sona ini memastikan setiap Ringgit yang diperoleh dan dibelanjakan mempunyai tujuan dan matlamat kewangan yang amat jelas.
Sementara itu, bagi mereka yang gemar berbelanja, tetapi kekal bijak mengawal bajet, purr-sona Boss Anti-Bazir memastikan kegembiraan membeli-belah dilakukan secara berhemat dengan meminimumkan pembaziran.
Manakala, purr-sona Hutang Slayer dinobatkan khusus buat mereka yang konsisten menguruskan komitmen kewangan, mahir dalam memastikan pembayaran ansuran bulanan kekal teratur, di samping tekal melunaskan sebarang tunggakan dan hutang secara berdisiplin.
Apa Kata Team Rnggt Setelah Terokai Purr-sona Kewangan?
Berdasarkan pengalaman ahli pasukan Rnggt dan Amanz yang telah menerokai ciri interaktif tersebut, Purr-sona Kewangan ini amat menarik dan lancar, terutamanya jika aplikasi AEON Bank digunakan dengan aktif serta dijadikan antara aplikasi perbankan utama untuk transaksi harian dan keperluan pembayaran digital seperti Akaun Simpanan-i, Savings Pot, Kad Debit-i bagi pembelian dalam talian dan di kedai, DuitNow QR, Pembiayaan Peribadi-i, Deposit Bertempoh-i, Zakat, Takaful, JomPay dan pembayaran bil utiliti dan banyak lagi.
Bukan setakat itu, sejajar dengan kemantapan sebagai bank digital, AEON Bank turut menceriakan pengalaman pengguna dengan mengintegrasikan elemen gamifikasi dan ganjaran eksklusif khas untuk pelanggan yang mengaktifkan Purr-sona Kewangan (Financial Purr-sona). Hanya perlu klik pada ikon ‘Rewards’ atau ‘Ganjaran’ ‘pada skrin utama aplikasi AEON Bank dan pilih ‘My Voucher’ atau ‘Baucar’ untuk menebus ganjaran yang telah dikumpulkan.
Sekiranya anda berminat untuk memulakan kembara Purr-sona Kewangan bersama Neko Sensei, caranya amat mudah. Sebaik sahaja membuka aplikasi AEON Bank, pengguna akan disambut dengan butang khas berikon kucing iaitu Unlock Purr-sona pada skrin ‘Home’ atau menu utama. Dengan hanya satu klik, pengguna akan dibawakan ke paparan interaktif Neko Sensei dan boleh terus menekan butang Lihat Purr-sona Saya.
Satu kuiz ringkas akan diutarakan bagi memahami tabiat kewangan para pelanggan dan ia akan disinergikan dengan aktiviti pelanggan di aplikasi AEON Bank.
Daya ingin tahu di kalangan pasukan Rnggt telah menderaskan kami untuk mencuba ciri interaktif tersebut dan berikut merupakan antara pandangan jujur kami di Rnggt melibatkan sudut pengalaman pengguna (UX), reka bentuk antara muka (UI), manfaat yang ditawarkan, serta keunikan keseluruhan ‘Purr-sona Kewangan’.

Aman (Planner Pro Max):
“Antaramuka pengguna (UI) aplikasi AEON Bank sedia kemas dan intuitif berbanding bank lain, malah ciri integrasi Neko Sensei juga sangat teratur. Saya berharap akan ada penambahbaikan untuk memudahkan pengguna mengakses semula halaman utama selepas paparan Purr-sona dibuat kali pertama. Ia juga akan jadi jauh lebih menarik kalau ada elemen gamifikasi tambahan seperti bar kemajuan (progress bar) untuk capai tahap seterusnya serta boleh lihat perbandingan level semasa. Apa pun, Purr-sona ini sememangnya dilihat berpotensi membantu golongan muda agak lebih bijak menguruskan kewangan dan menilai kedudukan kewangan mereka. Manakala Neko Sensei pula membolehkan saya bertanya pelbagai soalan berkaitan bajet dan kewangan peribadi tanpa segan-silu. Kalau dengan individu, mungkin kita segan nak bertanya, khususnya soalan tentang kewangan peribadi, tapi dengan Neko Sensei, saya maksimumkan fungsian ni sehabis baik!”

Liyana (Tauke Tabung):
“Pengalaman menerokai Purr-sona Kewangan memang chillax sebab elemen gamifikasi yang dibawakan oleh AEON Bank menerusi Neko Sensei buatkan urusan bajet dan pengurusan kewangan jadi lebih seronok, tak tertekan langsung. Antara muka aplikasi AEON Bank pula sangat kemas dan mudah dikendalikan – buka saja halaman utama atau ‘Home’ , terus nampak ikon kucing (Neko) kat skrin utama tanpa perlu keliru terkial-kial cari di bahagian menu. Dan bila dapat hasil padanan persona ‘Tauke Tabung’, rasa lebih bersemangat nak kekal disiplin menabung. Dan yang lebih memberangsangkan, ciri Purr-sona Kewangan ini adalah dinamik dan boleh berubah berdasarkan tabiat berbelanja dan aktiviti di aplikasi AEON Bank. Saya rasa curious untuk ikuti perkembangan pada bulan akan datang, sama ada akan kekal sebagai ‘Tauke Tabung’ atau aktiviti transaksi dan tabiat kewangan saya akan ubah padanan persona saya kepada Purr-sona Kewangan yang lain.”

Nurlin (Boss Anti-Bazir):
“Pengalaman pengguna (UX) untuk ciri interaktif ini sangat comel, mudah difahami, menggunakan perkataan yang menarik dan terminologi ala gamifikasi , serta aliran yang ringkas. Dari segi antara muka pengguna (UI) pula, saya rasa senang nak bertanya pada Neko Sensei apabila kita berasa keliru atau ingin tahu tentang tips kewangan , panduan untuk uruskan bajet mingguan dan bulanan. Manfaat dan keunikan paling ketara ialah Purr-sona Kewangan x Neko Sensei ini memudahkan saya untuk menjejaki aktiviti kewangan di aplikasi AEON Bank dan membantu saya jadi lebih bijak uruskan duit. Pada saya, ia menawarkan pengalaman perbankan berbeza yang sangat mesra pelanggan yang pastinya digemari oleh generasi muda. Target saya seterusnya ialah untuk ‘Level-up’ dengan bertanya terus pada Neko Sensei tentang potensi kekuatan kewangan saya dan tips paling praktikal untuk saya gandakan simpanan dan kurangkan pembaziran kerana saya nak jadi versi terbaik diri saya sebagai Nurlin, versi Ringgit pro!”

Hafiz (Tauke Tabung):
“Apabila saya gunakan aplikasi ini dan ciri ‘Financial Purr-sona’, semuanya sangat lancar dan pantas, malah reka bentuknya kemas, menarik, dan tidak berserabut pada pandangan mata. Manakala, dari sudut manfaat, saya perlu ‘Level-up’ dengan bertanya soalan dan berinteraksi dengan Neko Sensei supaya saya dapat memaksimumkan impak yang lebih signifikan dengan cara mendapatkan tips dan cara mudah untuk urus duit dan manage bajet. Elemen gamifikasi pada aplikasi ni menarik sebagai faktor hiburan santai. Tapi yang paling penting, saya akan cuba navigate fungsian ‘Neko Sensei’ untuk unlock secret bagaimana Neko boleh bantu saya mengubah atau meningkatkan tahap keupayaan pengurusan kewangan saya dengan lebih secara drastik.”

Hidayati (Boss Anti-Bazir):
“Secara keseluruhan, ciri interaktif Financial Purr-sona ini senang dilayari dan lain daripada yang lain. Konsep ini menjadikan pengurusan kewangan lebih seronok dan tidak terlalu formal, terutamanya bagi golongan muda. Elemen gamifikasi dan ikon kucing (Neko) itu juga menjadikan keseluruhan pengalaman lebih ceria. Dari segi antara muka, ia kelihatan unik dengan visual yang tak cluttered (tampak kemas), ringkas. Arahan yang diberikan cukup jelas, dan pengguna boleh memahami cara berinteraksi dengan ciri-ciri yang ada tanpa sebarang kesukaran. Antara manfaat utamanya fungsi Neko Sensei sebagai mentor pengurusan kewangan dan pendekatan unik dalam membawakan bimbingan kesedaran celik Ringgit. Gabungan elemen kewangan bersama karakter kucing (Neko) yang comel menjadikannya berbeza berbanding dengan pengalaman perbankan tradisional. Ia juga membantu menarik minat pengguna muda dan menggalakkan mereka untuk lebih berminat menggunakan aplikasi yang boleh membantu mereka menguruskan kewangan masing-masing dengan lebih praktikal.”

Qistina (Tauke Tabung):
“Pengalaman menggunakan ciri interaktif ini dirasakan menarik sebab kita dapat tengok gambaran overall tentang tabiat kewangan diri sendiri dalam bentuk karakter kucing. Rasa lebih santai dan ceria, berbanding dengan hanya melihat penyata transaksi, angka atau statistik semata-mata. Paparan dia kemas, warna pun menarik dan tidak berserabut. Setiap bahagian mudah dikenal pasti, jadi senang nak faham dan terokai. Keunikan dia ialah AEON Bank gunakan karakter kucing untuk gambarkan personaliti kewangan – pendekatan macam ni sangat kreatif dan unik!”
Ciri Interaktif Yang Dinamik

Selain itu, profil pesona anda bukanlah sesuatu yang kekal statik, sebaliknya ia direka untuk dikemas kini secara automatik pada setiap awal bulan berdasarkan aktiviti kewangan anda di dalam aplikasi AEON Bank. Lebih kerap anda aktif menggunakan pelbagai ciri dan kemudahan yang disediakan, lebih jitu, tepat, dan relevan profil kewangan anda berkembang bulan demi bulan. Jadi, jika anda mahukan pengalaman yang lebih dinamik dan bermakna, pastikan anda terokai fungsi sembang langsung ini sepenuhnya!
Di samping itu, para pengguna juga boleh menikmati ganjaran eksklusif menerusi elemen gamifikasi dan interaksi mudah di aplikasi AEON Bank, antaranya cabaran di wadah media sosial AEON Bank, dan juga melalui Neko Missions. Hanya perlu klik pada ikon ‘Neko Missions’ di skrin utama ‘Home’ dan kumpul Neko Paws untuk tebus pelbagai baucar dan ganjaran menarik.
Sekiranya ingin tahu tentang Purr-sona Kewangan, Neko Sensei, Neko Missions dan banyak lagi ciri mudah perbankan digital, muat turun aplikasi AEON Bank dengan mengimbas kod QR di bawah dan mulakan kembara celik Ringgit anda. Anda juga boleh merujuk panduan terperinci pada video Purr-sona Kewangan berikut https://youtube.com/shorts/SbKi2x_tjus.
Ketahui lebih lanjut dengan melayari laman web AEON Bank dan terokai pengalaman perbankan perniagaan menerusi AEON Bank Biz.

Perlindungan PIDM: Bagi produk berasaskan deposit yang layak di bawah AEON Bank dan AEON Bank Biz, antaranya Akaun Simpanan-i, Savings Pot, Deposit Bertempoh-i, Akaun Semasa Bisnes-i, dan Deposit Bertempoh Biz-i; deposit tersebut dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit, dan perlindungan tersebut adalah automatik dan percuma. AEON Bank merupakan ahli PIDM dan perlindungan deposit adalah tertakluk kepada kriteria kebolehinsuransan. Untuk maklumat lanjut, klik SINI.
Penafian: Advertorial dari AEON Bank