Artikel

Rakyat Malaysia Boleh Perbaharui Pasport Bagi Tempoh 5 Dan 10 Tahun – Menerusi MyOnline Passport

Rakyat Malaysia kini boleh melaksanakan pemohonan pembaharuan pasport Malaysia menerusi sistem MyOnline Pasport bersama penawaran 5 atau 10 tahun pada hari ini.

Makluman ini dikongsikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi satu hantaran di media sosial rasmi mereka pada Ahad lalu. Yang mana langkah baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak kerajaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam berasaskan digital kepada rakyat. Akses ini memberikan fleksibiliti dan kemudahan yang lebih besar kepada warga Malaysia untuk memilih tempoh sahlaku pasport mengikut keperluan serta perancangan peribadi masing-masing.

Pemohon yang sering melakukan perjalanan ke luar negara kini mempunyai pilihan untuk memperbaharui pasport bagi tempoh yang lebih panjang, sekali gus mengurangkan kekerapan proses permohonan semula di pejabat imigresen. Namun perlu diingatkan permohohan ini hanya terbuka kepada langkah pembaharuan pasport sahaja bukan untuk pengguna permohonan kali pertama, hilang atau berdepan kerosakan.

Maka untuk tindakan lanjut, semua pihak boleh ikuti langkah berikut bagi permohonan pembaharuan pasport melalui MyOnline Pasport: