Setakat akhir Jun lalu, Starbucks Malaysia memaklumkan pihaknya telah menutup sejumlah 54 cawangan. Penutupan ini adalah langkah kumpulan Berjaya Food (BFood) untuk menangani kemerosotan pretasi sebilangan cawangan dan membantu induk mengurangkan kos operasi, memulihkan perniagaan.
Dengan penutupan tersebut mengikut Laporan Tahunan 2026 BFood, memperlihatkan cawangan Starbucks Malaysia terus menyusut dari 301 cawangan (2025) kepada 247 cawangan (2026).

Pelarasan ini juga dilihat berpotensi membantu kumpulan menyusun semula operasi dan memberi keutamaan menambahbaik sumber jenama serta meneroka potensi perniagaan yang lebih kukuh untuk prospek jangka panjang. Pengurangan cawangan dilihat tidak sekadar memberi penjimatan bahkan turut membantu jenama mengurangkan risiko kerugian. Biarpun jumlah kini berkurangan, pendapatan Starbucks Malaysia dilihat meningkat 3.2% kepada RM433.3 juta berbanding RM419.8 juta pada rekod kewangan sebelumnya.