Artikel

Stesen MRT Raja Uda Kini Dijenamakan Semula – Kepada MRT Raja Uda-Institut Jantung Negara

Dengan tindakan peralihan hak penjenamaan stesen pengangkutan awam, kini stesen MRT Raja Uda diumumkan berubah kepada nama stesen MRT Raja Uda – Institut Jantung Negara (IJN). 

Perubahan yang berkuat kuasa semalam menjelaskan IJN telah meraih perkongsian hak penamaan dengan MRT Corp dan sekali gus memberi nilai tambah dalam meraih pendapatan bukan tambang kepada pengangkutan awam negara. Dengan menggabungkan kepakaran IJN dan pihak berkuasa, usaha ini membantu meluaskan lagi inisiatif penjagaan kesihatan jantung di seluruh Kuala Lumpur.

Menariknya kerjasama ini turut membuka ruang kepada IJN meluaskan pendedahan berhubung kesihatan bersama pengguna awam – menerusi pemaparan papan tanda, peta laluan dan pengumuman. Perkongsian maklumat ini dijangka memberi manfaat kepada ribuan warga kota yang menggunakan MRT setiap hari pada laluan tersebut.