Artikel

Ekonomi Digital Malaysia Melonjak 20% – Terajui Arena E-Dagang Di Asia Tenggara

Tahun 2026 memperlihatkan prestasi ekonomi digital Malaysia tumbuh 20%, menjadikan ia kadar pertumbuhan terpantas di pasaran Asia Tenggara setandingan dengan Vietnam. Momentum ini jelas laporan e-Conomy SEA 2026 dipacu oleh pertumbuhan dua angka merentasi semua sektor, terutamanya e-dagang, pelancongan dalam talian, media dalam talian, serta pengangkutan dan penghantaran makanan.

Selari dengan lonjakan itu, nilai dagangan kasar ekonomi digital Malaysia dilihat berupaya mencapai RM196 bilion ($48 bilion). Meliputi pertumbuhan arena e-dagang, pelancongan atas talian, kurier dan media atas talian.

Di peringkat serantau, ekonomi digital Asia Tenggara dijangka berkembang sebanyak 17% untuk mencapai GMV sebanyak $368 bilion (RM1.5 trilion) pada 2026, dan berada di landasan untuk mencecah $1 trilion (RM4 trilion) menjelang 2035. Penggunaan AI generatif (GenAI) turut berkembang pesat, dengan kira-kira 243 juta orang di 6 ekonomi utama Asia Tenggara (SEA-6) kini menggunakan teknologi ini, mewakili 58% daripada populasi bekerja.

Sebagai perincian, pasaran AI Malaysia dilihat semakin diterima dengan meraih tahap interaksi yang tinggi kalangan pengguna iaitu sekitar 17 juta rakyat Malaysia kini menggunakan AI generatif iaitu mewakili 68% daripada golongan bekerja. Dan selain hanya tertumpu kepada segmen menguntungkan, Malaysia juga menerajui segmen perlindungan berkanun kepada tenaga kerja ekonomi gig di pasaran serantau dengan menjadi negara pertama Asia Tenggara wujudkan perundangan khusus iaitu Akta Pekerja Gig 2025 bagi melindungi lebih 1.6 juta pekerja berkaitan.

Bersama pertumbuhan yang positif ini, Malaysia dijangka berupaya membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan dalam arena ekonomi digital di pasaran hadapan.