Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini sedang memperincikan mekanisme pelaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam berpendapatan rendah sepertimana yang dimaklumkan pada Belanjawan 2027, awal Oktober lalu.
Kaedah pelaksanaan inisiatif itu sedang diteliti bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan akan diumumkan dalam masa terdekat. Ini merangkumi pembayaran ansuran melibatkan amaun semasa kepada jumlah yang lebih kecil iaitu buat peminjam PTPTN yang berpendapatan di bawah RM2,500 dibenarkan tangguh sepenuhnya diikuti pendapatan RM2,500 hingga RM3,000 pula dibenarkan bayar RM50 sahaja.
Manakala pendapatan RM3,000 ke atas kekal dengan amaun ansuran semasa.
Dengan pengumuman baharu tersebut kelak, PTPTN menasihati kumpulan peminjam terlibat untuk berunding bersama pegawai PTPTN bagi menyusun semula bayaran balik, sekali gus mengelakkan daripada disenaraihitamkan oleh agensi itu. Usaha ini bertujuan melandaikan tunggakan pinjaman PTPTN yang kini dimaklumkan merekod sekitar RM10.7 bilion. Yang mana angka ini melibatkan seramai 1.16 juta peminjam di seluruh Malaysia.