Artikel

KPM Umum Cuti Tambahan Sempena Deepavali 

Bersempena sambutan perayaan Deepavali 2026 pada 8 November 2026 –  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini mengumumkan cuti tambahan menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026.

Pertambahan cuti perayaan ini untuk makluman terbahagi kepada dua bahagian, iaitu A – sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu dijelaskan bercuti pada 9 November 2026 (Isnin) iaitu 1 hari cuti tambahan. 

Manakala Kumpulan B – sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pula diberi cuti tambahan 2 hari iaitu pada 9 November 2026 (Isnin) dan 10 November 2026 (Selasa). Sementara negeri Sarawak pula hanya 1 cuti tambahan iaitu pada 9 November 2026 (Isnin).